Rasulullah ﷺ adalah Rahmat yang dihadiahkan oleh Allah

Sollu Ala Nabi!

Rasulullah ﷺ adalah Rahmat yang dihadiahkan oleh Allah kepada sekelian alam kerana Baginda ﷺ adalah kekasih Nya. Oleh kerana itulah rahmat Allah mengatasi kemurkaan Nya, rahmat itu usul, murka itu adalah perkara mendatang. Di atas kapasti Baginda ﷺ sebagai Rahmat Sekelian Alam maka Baginda ﷺ memiliki syafaat uzma.

Syafaat yang akan dikurniakan kepada sesiapa sahaja dari kalangan umat Baginda ﷺ dengan syarat mereka ada hubungan kasih dan cinta kepada Baginda ﷺ biarpun dia seorang ahli maksiat sekalipun. Di antara syafaat yang disediakan oleh Allah melalui Nabi ﷺ untuk umat Bagindaﷺ:-

  1. Syafaat mempercepatkan urusan hisab di Mahsyar yang meliputi sekelian jin dan manusia baik mukmin mahupun kafir.
  2. Syafaat kepada sebahagian umat Baginda untuk memasuki syurga tanpa hisab.
  3. Syafaat Bagindaﷺ mengeluarkan para pelaku dosa besar dari kalangan umatnya dari neraka ke syurga.
  4. Syafaat Baginda ﷺkepada mereka yang timbangan amalnya mewajibkan masuk neraka lalu dengannya mereka measuki syurga.
  5. Syafaat Baginda ﷺ untuk ahli syurga agar ditingkatkan darjat syurganya.
  6. Syafaat Baginda ﷺ ketika meniti titian sirat

Justeru marilah kita menyebarkan cinta Nabi ﷺ kepada sekelian umat Islam tanpa terkecuali hatta kepada kalangan pendosa dan ahli maksiat sekalipun kerana ia adalah penyelamat mereka dan syarat untuk mendapatkan syafaat Bagindaﷺ.

Pernahkah kita mendengar kisah Nuaiman r.a seorang sahabat Nabi ﷺ yang merupakan pemabuk tegar namun beliau merupakan seorang pelawak yang sering menghiburkan Nabi ﷺ ? Suatu hari beliau telah ditangkap untuk kesekian kalinya kerana kesalahan meminum arak dan dijatuhkan hukuman ke atasnya dengan dirotan.

Salah seorang yang hadir menyaksikan perlaksanaan hukuman tersebut telah mengeji beliau dengan mengatakan “Ya Allah engkau laknatlah beliau! Entah berapa kali beliau melakukan kesalahan yang sama!!” Mendengarkan ucapan itu Baginda ﷺ bersabda ” jangan kamu melaknat beliau kerana beliau mencintai Allah dan Rasul!” Kisah ini dapat kita temui dalam kitab Sahih Bukhari…

Kunci keselamatan umat akhir zaman daripada fitnah Dajal ialah dengan meguatkan hubungan kecintaan kepada Nabi ﷺ. Oleh itu marilah di bulan kelahiran kekasih agung ini kita sama-sama menyebarkan mahabbah Rasul dengan pelbagai pendekatan dan cara demi kasih kita pada umat ini…

صلوا على خير الأنام المصطفى بدر التمام
صلوا عليه وسلموا اشفع لنا يوم الزحام

يا نفس طيبي باللقاء يا عين قري أعينا
هذا جمال المصطفى أنواره لاحت لنا

بشرى لنا نلنا المنى زال العنا والفلحنا
والدهر أنجز وعده والبشر أضحى معلنا

fb Pak cu Das